Monday, November 10, 2008

Sampel-sampel tambahan








Thursday, July 10, 2008

Songket Tenunan Jacquard



Ini adalah songket-songket hasilan tenunan menggunakan mesin tenunan jacquard moden, satu teknik yang baru diperkenalkan dan boleh menghasilkan kain songket dengan sangat laju iaitu 50 helai siap jahit dalam masa seminggu (jika bekalan benang yang diminta ada).
Teknik ini sesuai untuk permintaan songket yang banyak kuantitinya (bulk order) sekurang-kurangnya 100 m panjang atau lebih kurang 50 helai sampin. Selain daripada pakaian seragam sampin, songket ini boleh ditenun panjang untuk dijadikan 'furnishing fabric', hiasan dinding sama ada dibingkaikan atau tidak.

Yarn yang digunakan ialah poliester spun tetapi gabungan poliester spun dengan sutera juga boleh dihasilkan dengan harga yang boleh dirundingkan. Anggaran harganya adalah di antara RM 300 - 400 bergantung kepada tekad songket ( 5 atau 3) dan kerumitan coraknya. Coraknya pula boleh 'customised' mengikut kehendak pelanggan dan menggunakan komputer. Untuk kuantiti yang rendah dari ini, harga adalah lebih tinggi. Songket ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Warna dasar pada songket biasanya hanya mendatar atau melintang. Songket Jacquard ini boleh dibuat supaya warnanya condong pada sudut-sudut tertentu.

Satu lagi keistimewaanya ialah belakang songket ini tidak mempunyai benang emas yang terapung panjang. Ianya dikemaskan supaya apabila digulung keluar untuk sampin, ianya kelihatan sangat kemas



Ini adalah songket BUATAN MALAYSIA dan BUKAN songket buatan luar negara seperti India/Pakistan/Indonesia. Maka mutunya dijamin adalah lebih tinggi dari yang songket import dan ia menyerupai songket tenunan tangan.